Followers

20 Aug 2013

JALAN-JALAN RAYA KATANYA...

Dalam sibuk-sibuk beraya..aku sempat lagi jalan-jalan di Kuantan..jalan-jalan raya katanya..dalam beraya cuti-cuti malaysia sekali..hehehe..


Antara tempat -tempat menarik yg ktorg sempat pergi adalah

 Lombong Bijih Timah Bawah Tanah di Sungai Lembing..

Info mengenai lombong ni korg boleh baca kat SINI dan SINI



Untuk pengetahuan korg..

Kadar bayaran tiket masuk ke terowong :

Pelancong Tempatan :RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak..

Pelancong Luar Negara : RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak..

Nak dijadikan cerita, kira rezeki kami sekeluarga..pada hari kami pergi ke terowong ni ada org belanja dan kami dapat masuk secara percuma..alhmdulillah..syukur sgt2..Abah HARIZ sempat berseloroh..katanya..agaknya dengan kehadiran MUHAMMAD HARIZ RIZQI..maka 'rizqi' kami sekeluarga masuk free..hehehehe..mgkn secara kebetulan..

Waktu Dibuka:
Isnin hingga Jumaat : 9.00 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 9.00 pagi hingga 10.00 malam

Suasana dalam terowong ni xla gelap sgt..samar2..ada byk gak lampu2 yg disediakan sepanjang dlm terowong ni..sejuk je..siap ada mcm ais2..ktorg ingat ada aircond dlm terowong ni..rupa-rupanya tu semua semulajadi..sejuk dan ais tu semua dari lubang pengudaraan yang dibina bersama-sama terowong ni..

Yang menarik dalam terowong ni ada mcm2 info n artifak peninggalan sejarah yg bole dilihat..sepanjang berjalan dalam terowong ni siap ada bunyi-bunyian yg meyeramkan..ala2 seram2 sejuk gitu..

Haaa..kalau nk thu lg..korg kine pergilah kan..bru cara..


K..seterusnya kami teruskan percutian kami ni dengan menikmati air terjun semulajadi..Mandi-manda di 

Air Terjun Sungai Jin..


Arah nak pergi ke tempat ni aku xberapa ingatlah..tp yg pasti masih di kawasan Sungai Lembing..Sebelum sampai di kawasan ni...kena malalui Perkampungan Orang Asli..Aku syorkan pada sape2 yg nk pergi ke sini..silalah naik kenderaan yang lasak mcm 4wd ye..kalau korg sayangkan kereta korglah kan..jalan ke sana xberapa cun..

Tengok tu muka HARIZ..syok je dier kan duduk dlm pelampung..mula2 xnk..sejuk kena air terjun 2..lama2 ok je..muka ada senyum..hahahaha..


Dan akhir sekali ktorg singgah di 

Mini Zoo Taman Teruntum..

Terletak berhampiran Teluk Cempedak, Kuantan. Bayaran masuk adalah percuma dan dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam..Wlpn zoo ni xberape byk sgt haiwan yang dipelihara..dh nama pn minikan..tp bg aku amat sesuai utk bwk kluarga berehat dan berrekreasi..


Walaupun JJR (Jalan-Jalan Raya) ni amat meletihkan..tp seronok..Terima kasih sgt2 pd kak Hawinda dan Abd Raziman sekeluarga yang sudi bwk ktorg jln2..

weeee...




2 comments:

Unknown said...

hihi kite yg org rompin n selalu jgk smpi kuantan ni pn xpnh lg pergi sini tau.kihkih

Unknown said...

kite pn kebetulan beraya di umah akak ipar..dorg bwk jln2 kt ctu..best jgk..luas pemandangan tambah pengalamankn ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...