Followers

30 Jul 2013

ALAHAI ANAK IBU

Diam tak diam dalam beberapa hari lagi anak IBU akan masuk 6 bulan ..Detik dan waktu yang akan dikenang sampai bila-bila ~ Tepat jam 11.17 malam, 10 Februari 2013 bersamaan 29 Rabiulawal 1434 H lahirlah anak sulung IBU yang diberi nama MUHAMMAD HARIZ RIZQI BIN HASRI SUHAIMI dengan berat 3.3 kg. 

Syukur alhamdulillah dengan berkat penyusuan susu IBU secara ekslusif, anak IBU membesar dengan sihat dan beratnya semakin bertambah walaupun anak IBU dikatakan agak tembam dan montel.



Saat Dilahirkan
3.3 Kg


1 Bulan
4.75 Kg

2 Bulan
6.09 Kg



3 Bulan
7.2 Kg



4 Bulan
7.84 Kg

5 Bulan
8.3 Kg

Ibu nak HARIZ tahu..IBU syg sgt2 kat HARIZ. Terima kasih Ya ALLAH di atas anugerah dan nikmat yang tidak ternilai ini. Terima kasih juga IBU ucapkan kepada HARIZ..kerana dengan kehadiran HARIZ, kehidupan IBU dan ABAH semakin ceria dan bermakna. Tanpa kehadiran HARIZ, tidak mungkin IBU dan ABAH akan dapat panggilan ini. 

IBU dan ABAH doakan semoga HARIZ menjadi anak yang soleh, bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.

AMIN..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...