Followers

4 Jul 2013

CERIALAH

Assalammualaikum semua..

Semoga pagi ini semuanya ceria dan dalam naungan rahmat Allah. Bagaimana kita mampu ceria?

  • Cerialah, walau kita berhadapan dengan masalah maka syukurlah kerana ada orang yang masalahnya lebih besar lagi
  • Cerialah, Allah masih hidupkan kita hari ini maka berpeluang untuk kita buat kebaikan dan kebajikan sebagai bekalan mati kita nanti
  • Cerialah sebab dengan minda positif kita menarik pelbagai perkara baik kepada kita hari ini.
  • Cerialah, sebab kalau kita berduka, masalah tidak selesai juga
  • Cerialah, sebab anda pasti dapat sesuatu yang baru hari ini. Setidak-tidaknya pengalaman baru untuk sehari lagi di dunia ini.

Fikir-fikirkan...

Dr. Hj. Tengku Asmadi bin T. Mohamad



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...