Sempena bulan ramadhan kali ini marilah kita perbaiki diri, Jangan suka complaint atau merungut. Jangan mengungkit perkara-perkara yang telah lepas khususnya yang negatif atau keburukkan orang lain. Jangan suka mengata orang lain. Jangan bawa balik berita buruk, Biasakan ceritakan yang baik-baik dan sedap di dengar dan beri galakan khususnya kepada anak-anak. Bersikap dan berfikirlah secara positif untuk ketenangan jiwa sekaligus dapat mengurangkan stress yang ada dalam diri.
Bersederhanalah dalam berkata-kata. Diam lebih baik daripada mengungkapkan perkara yang sia-sia. Orang yang mencari kesilapan orang lain adalah orang yang selalu merasakan dirinya hebat. Bimbang secara tidak sedar, wujud sikap riak dan riak pada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment